Wednesday 18 March 2015

Homemade Butter

Teks: Rapidah Ramli
Foto : Rapidah Ramli via Google



Mentéga adalah makanan produk susu, dibuat dengan mengaduk krim yang didapat dari susu. Biasanya digunakan sebagai olesan rotidan biskuit, sebagai perantara lemak di beberapa resep roti dan masakan, dan kadang-kadang bahan untuk menggoreng. Pengganti mentega ialah margarin, yang biasanya lebih murah, dan memiliki sedikit lemak dan kolesterol.
Mentega adalah emulsi air-dalam-minyak, kebalikan dari krim. Mentega tetap padat saat didinginkan, tetapi meleleh secara konsisten pada suhu kamar / suhu ruangan.
Mentega hampir sama dengan roombutter tetapi roombutter adalah mentega yang wanginya tajam dan berwarna putih.~ sumber dari wikipedia

Rasanya ramai orang tahu kegunaan butter ni kan. Pagi-pagi sarapan yang paling sedap dan senang adalah roti, butter dan jam. Tapi kalau Amat (lama tak buat buat entri pasal budak ni kan?) paling suka roti, butter dan gula.
Ingat Charity Baking Class dari entri yang lalu?
Hah, resepi pertama yang KakDah belajar di kelas tersebut adalah Homemade Butter. Senang ajer rupanya. Yang penting, halal dan bersih serta penuh kasih sayang. Rasanya sungguh creamy dan buttery, terasa lemak dibibir seolah makan butter yang mahal di hotel-botel bertaraf empat bintang keatas. Dari butter ni, kita boleh campur dengan pelbagai bahan untuk mengolahnya menjadi sesuatu yang lain pula seperti garlic spread, hanya tambah garlic , garam dan parsley flake. Siap. Murah dan mudah. Kalau nak yang basic sahaja...campur garam saja dah cukup.

Ok, mari kita lihat resepi dan cara pembuatannya.

Resepi Homemade butter. 
250ml Whipped cream/Thickened cream/Heavy Cream (pastikan tertulis pada kotak, contains 35% milk fat) - KakDah guna jenama Paul's
Mixer
ais sejuk campur air batu
Garam
Parsley flake - option
Garlic - option

Cara-cara :
Pukul (mixed)  whipped cream pada tiga tahap kelajuan dimulai dengan perlahan, sederhana dan laju. Pukul hingga susu terpisah dari pada air. (biasa kes, kalau kita terlajak pukul whipped crean iannya menjadi cair dan lumpy, betul x?) kita nak keadaan yang sebegitu rupa. Moral story, lain kali kalau terlajak pukul, jangan terus buang, jadikan ianya butter.

Bila susu dan air dah terpisah, tapis airnya, jangan buang. Ini adalah low fat milk. Boleh guna untuk membuat benda lain pula. Setelah itu masukkan air sejuk berais tadi dan kacau butter hingga menjadi kental dan bulat. Buat begini dua tiga kali sehinga air yang di tuang tadi menjadi hampir jernih. Faham tak ni. Maksudnya, buh air ais, kacau, buang. Buh lagi air ais kacau dan buang air, buat macam ni sampai air hampir nak jernih. Tadaaaaaa. siap dah. Selepas ini baru lah kita boleh campur garam atu apa sahaja bahan yang kita mahu.

 TIPS :segala campuran bahan tmbahan hendaklah dicampur setelah butter terjadi dengan eloknya.

Lepas ni, tak payah beli butterBuat sendiri lagi sedap rasanya. Kalau nak garlic spread, campur ajerlah bawang putih yag telah di cincang, sedikit gaam dan parsley flake.

Pukul cream hingga menjadi lumpy - susu dan air terpisah 
Ni butter yang dah siap
Tadaaaa...dah siap garlic spread kak Dah.Dimakan bersama baguette, juga belajar di kelas ini.
mixed whipped cream tadi hingga jadi macam ni. Air putih tulah low fat milk, tapis dan simpan. selepas tu baru kita kacau dan sebatikan dengan air ais untuk memekatkan kondisi butter ni.

0 comments:

Post a Comment

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design