Bab : Goodies Bag
Telah tiga hari berlalu sejak meetup hari tu. Kemesraan dan kemeriahan kawan- kawan masih terbayang. Keenakan rasa masakan kawan-kawan juga masih terasa.
Hari ini baru berkesempatan membelek beg oren. Ya, orange goodies bag. Alah, yang macam kita dapat kalau pergi kenduri kahwin tu. Ehhh,... ahaksss.
Satu persatu flyers dan kad nama didalammnya ku belek. Macam-macam barang jualan ada. Jahitan, bakeri, makanan, produk kesihatan hinggalah ke alat kelengkapan rumah pun ada. Hebat-hebat mereka semua ni.
Belek punya belek, sampai nampak satu kad nama putih. Tertulis disitu, Jamu Susuk Dara. Opppps, jangan salah faham. Bukan Ahkak Gojez punya.
Pemiliknya seorang lelaki. Hmmmm... akan ku temuduga juga lelaki ini nanti. (Maklum sekarang dah dapat pangkat mamarazigojez).
Bukan nak caras atau nak mencantas .. Hanya nak tambah kenal lebih dekat. Jarang tau, orang lelaki mengaku dia jual Jamu Susuk Dara.
.
.
.
Rapidah Ramli
@kakdahgojez
#SENDIKITTBA #TBACENTRAL #TBAKLPUTRAJAYASELANGOR