Sunday 17 January 2016

EPISOD : HENDAK BERMESRA

#kisahseorangperempuan

Motif sangat lah ke Chowkit semata mencari jering untuk dimasak sambal.  Sebenarnya nak bermanja.  Alahaiiii suami  siapalah ni.

Sampai saja dilihat tempat biasa, tempat letak kereta dah penuh.  Jalan lagi kedepan untuk kesebelah sana.  Dalam hati berdoa,  adalah tempat di hadapan,  dekat kedai tu.  Dan cinta hati juga tak bising seperti selalu jika tiada parking. *wah! mood dia baik,  agak-agak kalau minta nak belikan sesuatu boleh dapat tak? *

Alhamdulillah.  Terdapat satu tempat letak kereta di hadapan kedai.  Tak lah penat berjalan nanti.

Keluar dari kereta ku menghala ke kedai jual sayur. Masuk kedai laju ku menanya pekerja di situ "dik,  jering ada?".

"Jering habis kak" jawabnya.

Ku pandang si dia.  Rupanya sedang berdiri mengusyar kedai makan di sebelah.

Lantas kaki menghampirinya. Turut sama melihat apa yang dilihatnya.

"Kedai ni jual kebab la.  Nampak macam sedap" katanya. *Mesti dah lapar la tu*

"Aah ada.  Nak makan jom la masuk.  Tapi jalan dulu la.  kalau sorang-sorang orang tak masuk la.  Penuh dengan orang dia je.  Atau abang makan sorang saya pergi pasar? " kataku sambil mata meliar melihat sekeliling.

" Eh,  jangan.  Jom masuk sekali",  katanya.  Kuturuti langkahnya dengan perlahan sambil memegang belakang bajunya.

Tidak dapat ku pastikan dari mana puak ini berasal.  Pakistan?  Bangladesh atau barangkali dari Syria.  Kedai makan yang simple.  Makanan pula berasakan makanan mereka.  Bukan masakan mamak.  Ada nasi hujan panas.  Nasi mandy ayam.  Dan side dish timur tengah. 

Cinta hati mengambil nasi mandy ayam.  Aku hanya mengambil dua ketul kebab ayam. Kami makan kongsi dua orang. *Bukan kedekut,  inillah cara kami berkasih sayang*

Sambil makan kuperhatikan sekeliling kedai.  Memang hanya dimonopoli oleh kaum lelaki.  Hanya aku seorang perempuan disitu. 

Aku suka konsep kedai ni.  Diatas setiap meja siap terhidang gelas dan se jag air kosong sejuk. Tak perlulah kita nak meminta air kosong lagi.

.
.
.
bersambung

Rapidah Ramli  @SENORITAVOGUE
manis. comel. ceria

EPISOD : JERING OH JERING

#kisahseorangperempuan

Hari minggu.  Niat hati hendak bergolek-golek.  Rumah dah siap kemas dan mop.  Kerah si along dan angah siapkan malam tadi.  Segala cucian telah ku selesaikan di awal pagi.  Baju sekolah dak Amat juga telah siap di seterika untuk seminggu. 

Pagi ini hanya sediakan roti jala dan kari ayam sahaja sebagai sarapan.  Tengahari malas masak.  Nak masak apa pun tak tahu.

Lagipun semua orang sarapan lewat.  Masih kenyang hingga jam 3.

Dalam masa sedang bergolek,  cinta hati ajak pergi pasar. 

'Nak buat apa? dah petang ni. ' soal ku lemah.  *apa nak cari kat pasar petang-petang ni? kedai pun banyak dah tutup* monolog ku sendirian.

' kita beli jering.  Masak goreng sambal.  sedap'.  Jawabnya penuh harapan.

'Hmmmmm.  Jam berapa nak pergi? ' suara ku masih lemah  *mata membayangkan apa yang ada di pasar Chowkit *

bersambung...

.
.

Rapidah Ramli  @SENORITAVOGUE
manis. comel. ceria

#TBA #TBACENTRAL #TBAKLPUTRAJAYASELANGOR #TBANEXT #TBACREW  #JAMUSUSUKDARA #CELEBRITYLASS

Wednesday 13 January 2016

#SINDIKETTBA

EPISOD : Merancang sebuah pertemuan.


Tak ingat bila tarikh sebenar dirancang. Yang diingat adalah dalam dua bulan kami block jadual Tuan Zuan. Maklum, orang sibukkan. Kenalah tempah awal-awal. Memandangkan TBAPERAK telah menjayakan meetup bersama Tuan Zuan dengan jayanya, membuatkan kami di Central merasa lagi berdebar. Adrenalin terasa laju menerjah.

Konon  nak pilih tarikh selepas Perak, Banyak pula halangannya. Tambahan pula dah dekat awal tahun. Masing-masing sibuk dengan persiapan anak sekolah dan pengiraan stok dan akaun akhir tahun. Tarikh yang dipersetujui akhirnya ialah pada 9hb Januari 2016.

Perkara pertama yang diusul mestilah nak cari tempat. Dimana nak buat. Berapa kos dan sebagainya. Permulaan hanya perbincangan antara leader. Setelah dikenal pasti lokasi pertemuan, baru disebarkan kepada anak kapal.

Dalam tak mahu ambil peranan, tugas mengutip duit sebulat suara para leader memilih aku. Apa lah nasib. Agaknya muka ku ni ada money magnet kot. Ini bukanlah kali pertama aku diserahkan tugas sebagai pemegang akaun. Hairan dengan diri. Matematik masa spm dulu pun cukup makan jer.
*terharu sebenarnya, orang beri amanah ni*

Anak kapal ramai yang berminat untuk hadir dan masing-masing teruja. Terutama bila kami sahkan makanan adalah potluck. Bila lagikan nak rasa masakan makanan kawan-kawan. Bukan calang orang mereka semua ni. Ramai yang berniaga makanan. Ada pembuat roti, kek, chef, tauke restoren.

Dalam banyak senarai nama,  terselit namaku, Siap tertulis Lamb Stew dan Takoyaki. Aik tangan siapalah yang gatal telah menulisnya. Nak padam balik rasa malu pula. Redho sajalah. *Niat hati nak bawa kacang cap tangan macam masa sekolah dulu aje*

Dalam kesuntukan masa, tempat yang sesuai masih tidak dapat ditempah. Hmmmm ikutkan hati nak offer buat kat rumah sahaja. Tapi Cinta hati tak benarkan la pula. Sebab dia tahu lepas tu mesti penat gila nak mngemas. Haahahaha.

Cari punya cari, akhirnya dapat di Kampung Bharu. Tempat dah stategik ku rasa. Para leader semua pun bersetuju. Ditengah kota. Kawasan popular. Kemudahan awam pun senang. Antara stesen LRT Putra Kampung Bharu dan Dang Wangi. Semasa pergi melawat tapak kawasan segalanya ok. Jadi terus lah tempah. Lagipun inilah satu-satunya tempat yang kami boleh bawa makanan sendiri.

Walaupun begitu terjadi juga kisah anak kapal yang sesat untuk sampai walau dah guna waze dan maps gugel *senyum sajalah*

Dihari kejadian terdapat sedikit masalah. Kecewa betul rasa dihati. Ralat rasanya. Air tak ada dan tandas tidak boleh digunakan. Allahuakbar. Nasib baik kawasan surau ada air dan tandas boleh guna di ground floor.

Apa pun, keterujaan bertemu kawan yang selama ini cuma berteguran di muka buku dan Applikasi Telegram terlerai hari ini. Jadi masalah air dan tandas tu tak berapa dihiraukan.





Rapidah Ramli
@kakDahGojez


#TBA #TBANIAGA4 #TBACENTRAL #TBACREW
#JAMUSUSUK DARA #CELEBRITY LASS

Tuesday 12 January 2016

Aku dan #TBACENTRAL

Episod : #TBACENTRAL Meetup

Hari yang ditunggu pun tiba.  Debar didada rasa macam nak kendali kenduri kahwin pula.  Dup dap dup dap.  Maklum,  nak jumpa ramai orang.  Selama ini hanya bersapa di muka buku dan telegram sahaja.

Seawal empat pagi dah bangun.  Dah serupa nak bersahur la pula. Dah selesai tugas yg perlu,  baru mula masak takoyaki untuk potluck.

Jam sepuluh pagi tepat.  Tiba di tempat majlis.  Hmmmm... lega.  Tiada yang sampai lagi.  Penjaga bangunan lantas menerpa bila terlihat kelibat aku.

'Kak,  kata nak datang jam 9'

Aku hanya tersenyum (monolog hati berkata -  jam 9 akak mandi pun belum dik).

`Kak,  kita nak cakap ni,.  Minta maaf banyak². Hari ini air x ada kak kat tingkat ni.  Ada masalah plumbing sikit.  tapi kat surau ada.  Tandas akak boleh guna kat tingkat bawah.  Kat luar'

Bila dah diberitahu begitu,  nak marah pun tak guna.  Harap peserta lain tak marah lla.   Dalam berlenggang menuju ke pintu lif,  ternampak kereta tetamu VIP,  Tuan Zuan  sampai.  Alamak.

Dalam debar, tunggu beliau turun dan di  santuni.  Beliau tiba bersama P.A yang sungguh cun.  Bernama NorHaniza.  Manis jer senyuman nya. Bersama kami menuju ke bilik seminar.

Dalam kami membetulkan dan mengelokkan kedudukan kerusi,  seorang demi seorang Leader yang lain sampai.  Fuhhh.  Lega rasanya.  Tak lah menjawap sorang-sorang dengan Tuan Zuan
Ahaks.

Bila dah terkumpul semua leader, brainstorming dan laporan terkini dibentangkan kepada Tuan Zuan. 

Tengahari,  para peserta lain mula memenuhi tempat duduk.  Mereka diberi goodie bag yg mengandungi flyers dan name card peserta lain. 

Penerangan ringkas dan padat oleh Tuan Zuan mengenai Legasi #TBA  amat  membantu kami peserta mengilap potensi diri.

Simple but smart.  Moto TBA.

'Dalam market ada gap.  Dalam gap apa marketnya? ' -  Tuan Zuan

Kalau kita halusi... batu tepi jalan pun mampu kita jual.

Selesai penyampaian amanat dari Tuan Zuan,  tibalah aktiviti yang ditunggu.  Makan time.  Banyak makanan yang sedap dan enak.  Semuanya dibawa oleh para peserta yang budiman.

kelip-kelip ku sangka api
lilin  disimpan dalam peti
Ukhwah terjalin bertambah rapi
Bersama semua kami sepakati


.
.
.
Rapidah Ramli
@kakdahgojez
#SINDIKETTBA #TBACENTRAL #TBAKLPUTRAJAYASELANGOR #JAMUSUSUKDARA #CELEBRITYLASS

Monday 11 January 2016

Aku dan #TBACENTRAL

Bab : Goodies Bag

Telah tiga hari berlalu sejak meetup hari tu. Kemesraan dan kemeriahan kawan- kawan masih  terbayang. Keenakan rasa masakan kawan-kawan juga masih  terasa. 

Hari ini baru  berkesempatan membelek beg oren.  Ya, orange goodies bag.  Alah,  yang macam kita dapat kalau pergi kenduri kahwin tu.  Ehhh,... ahaksss.

Satu persatu flyers dan kad nama didalammnya ku belek. Macam-macam barang jualan ada.  Jahitan, bakeri,  makanan, produk kesihatan hinggalah ke alat kelengkapan rumah pun ada.  Hebat-hebat mereka semua ni.

Belek punya belek,  sampai nampak satu kad nama putih.  Tertulis disitu,  Jamu Susuk Dara.  Opppps,  jangan salah faham.   Bukan Ahkak Gojez punya.

Pemiliknya seorang lelaki.  Hmmmm... akan ku temuduga juga lelaki ini nanti.  (Maklum sekarang dah dapat pangkat mamarazigojez).

Bukan nak caras atau nak mencantas ..  Hanya nak tambah kenal lebih dekat.  Jarang tau,  orang lelaki mengaku dia jual Jamu Susuk Dara.

.
.
.
Rapidah Ramli
@kakdahgojez
#SENDIKITTBA #TBACENTRAL #TBAKLPUTRAJAYASELANGOR

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design