Thursday 3 September 2015

Hajat tak sampai

Teks : Rapidah Ramli

Salam Jumaat semua. Dah dhuha Dan baca surah al kahfi? Diharap sahabat semua Sudah melakukannya.

Alhamdulillah. Pendaftaran Along di UTHM selasa lalu berjalan dengan lancar.
Kawasan yang luas dan panas kerana kebanyakan pokok masih belum besar. Dari kolej kediaman nampak sayuppp je fakultinya. Rasa lemah lutut bila bayangkan kena berjalan ke sana setiap hari. Boleh kurus dengan kadar sepantas cahaya....hahahahahaha

Along minta belikan basikal. OK. Permintaan akan dipertimbangkan. Sementara itu, pandai-pandai lah guna kemudahan awan yang tak seberapa tu ya.

Berada di Batu Pahat membuatkan hati melonjak riang sebab memikirkan ada kemungkinan besar untuk berjumpa dengan seorang kawan lama. Kawan sekolah menengah yang memang lama gila tak bertemu sejak habis spm. Biasa hanya bertemu di laman sosial fb sahaja. Itu pun jarang sekali dia kemas kini wall dan menjawab pertanyaan kami.
Pada malam 31/8 yang lalu, Cuba mendial henponnya. Berdering. Tapi tak berangkat. Sangka baik sahaja. Dia sibuk barangkali. (Dalam hati....kuciwa juga..)
Esok harinya, seawal 730 pagi dia return call. Alhamdulillah. Agaknya dia dah sampai sekolah kot.
Kd : assalamualaikum yati.
Caller : wsalam. Siapa ni?
Kd : Ini Pidah.
Caller : siapa?
Kd : kawan sekokah. Smcs?
Caller : owhhh...ni Mak dia
Kd : Laaa.ye ke? Yati mana makcik? Dia pergi sekolah tak bawa telefon? Dia sihat makcik? Saya kat Batu Pahat ni, ingat nak jumpa dia sekejap. Lama tak jumpa dia. Sejak lepas spam.
Caller : dia dah tak ada. Meninggal 8 raya hari tu.
Kd : innalillahiwainnailaihirojiun. (Kelu tanpa dapat berkata Dan bertanya lanjut lagi)

Sememangnya nada makcik Hamimah menceritakan pemergian arwah amat tenang sekali. Kita yang dengar pula terlebih sebak.

Memang hajat nak jumpa x kesampaian. Moga roh arwah Hayati Bt Yusoff dicucuri Rahmat Dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Aamiin. Alfatihah.

To be continued...

Jangan marah. Nanti cepat tua. Entri ni ditulis masa menunggu kereta di servis. Sekarang kereta dah siap.
Jumpa di entri seterusnya...
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design