Friday 13 February 2015

Resepi Cream Puff

Teks : Rapidah Ramli
Foro : Rapidah Ramli


Lama tak bercerita. Sibuk!. Alasan cliche. Hehehehehe.

Bukan apa sejak awal tahun hari tu sibuk urus persekolahan anak-anak dan masalah keluarga yang perlu diberi tumpuan.

Nak bercerita pasal banjir besar di Kelantan pada Disember hari tu pun tak sempat, kalut. macam la diri ni yang mengalami banjir tu. poyo jer lebih.

Lupakan kisah sedih, mulakan hari ini penuh semangat baru. Bangkit dari segala kejatuhan/kegagalan.

Hari ini KakDah nak cerita pasal makan, Hah, kalau nak tau, sekarang ini KakDah sibuk dok siapkan benda-benda ini. Tempahan dari kawan-kawan. Salah satu yang kawan tempah ini lah dia Cream Puff.

Sedap...sedap....sedap.

Makan memang tak cukup satu. Kalau beli, mahal. Buat sendiri lebih puas hati, Dapat makan banyak. Lepas makan jangan lupa eksesais ye, kang berat naik jangan salahkan Kakdah pulak.

Meh kita cikedaut resepinya....resepi ni pun KakDah amik dari facebook jer.


Tu diaaaa........maleh tulih, pakai gambaq macam ni pun buleh na. Tau hangpa semua bijak.

Nak habaq cara Kakdah buat, kira macam nota kaki la.

1. Kakdah guna kuali. Ya, Kuali. Motifnya supaya senang kacau. hehehehehe. Sebab tepung tu kita kena kacau hingga ia kering dan sedikit berkerak. kalau guna periuk (well, dah pernah guna sebelum ini) susah sikit nak kacau, kecuali kalau guna periuk non stick. banyak songeh la pulak. 

2. Bila tepung dah berkerak (jangan berkerak sangat tau, ala ala je). tutup api dan sejukkan sebentar. then transfer doh kedalam mixer bowl, pukul sambil memasukkan telur sebiji demi sebiji hingga sebati. (kalau nak guna tangan ja pun boleh, tapi kena beat kuat ye dan pastikan betul-betul sebati) tak larat mak deknon. mak dah tua.

3. Dulang di sapu majerin. kemudian paipkan doh mnegikut bentuk yang korang nak. kalau boleh, paipkan semuanya habis siap-siap sebab kalau lambat paip nanti doh dah mengeras dan susah kita nak paip.

4. Bakar ikut oben memasing ye. Standard tuk masak kukis. owh...sebelum masuk oben tu hangpa  kena spray ayaq ke doh siap paip tadi, baru bakaq. paham dak ni.

5. Kastad tu, kalau takat nak makan sendiri boleh beli je instant custard di mana-mana bakeri berhampiran anda. Tapi kalau nak berniaga, sendiri mau ingat la.

Oklah, adios lu nak pi sediakan bekpes. Hangpa cuba la buat cream puff ni. Berbaloi-baloi habaq hang.






Belasungkawa - Datuk Hasbullah Awang

Teks : Rapidah Ramli
Foto : carian Google


Khamis 12 Feb 2015 bersamaan 22 Rabiulakhir 1436.

Jika malamnya diberitakan TGNA pergi buat selamanya, siangnya pula, pemilik suara sukan Malayasia telah 'pergi' dahulu dijemput  pada jam 12.20 tengah hari.

Datuk Hj Hasbullah Awang. Nama yang amat tersohor dalam dunia pengulasan sukan negara. Meninggal dunia di Unit Rawatan Koronari, Institut Jantung Negara pada usia 63 tahun. Berasal dari Teluk Intan, Perak dan meninggalkan seorang balu, empat orang anak dan enam cucu.

Beliau di anggap pengulas sukan terbaik Malaysia kerana keunikkan suara emasnya dan berkhidmat dengan Astro Arena sejak Januari tahun lalu.

Beliau memulakan kerjaya penyiaran pada tahun 1974 sebagai Pembantu Siaran di RTM Kuantan, Pahang sebelum berpindah ke Angkasapuri Kuala Lumpur pada tahun 1980.

Pernah memenangi anugerah Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa pada tahun 1989, 1991 dan 2004 menerima Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato' pada tahun 2010.

Beliau juga pernah digandingkan bersama Tengku Mariam Tengku Laksamana Nasir atau dikenali sebagai Kak Yong mengacarakan rancangan radio untuk kanak-kanak yang popular, Permintaan Apa Itu sekitar tahun 70an dan 80an.

Belasungkawa TGNA

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Koleksi Rapidah Ramli



Assalamualaikum. Innalillahiwainnailaihirajiun. Dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali. Semalam seharian alam turut mendung mengiringi pemergian tokoh ulama yang amat disayangi, Tuan Guru Nik Abduh Aziz Nikmat. Menderita kanser prostat tahap empat, beliau semalam meninggal dunia di kediamannya pada pukul 9.40 malam pada usia 84 tahun.

Orang yang baik, mati di malam yang baik, Hari khamis, malam Jumaat. disolatkan oleh ribuan rakyat. Sesungguhnya matinya dalam husnul khatimah. Impian kita semua. Moga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Aamiin.


 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design