Wednesday 28 October 2015

Petua hilangkan hanyir ikan

Teks : Rapidah Ramli
Foto :Sumber dari google
Info kredit to : Khairunnisa Jamali



15 muharram 1427

Bismillah | Assalamulaikum

Ada yang rindu KakDah? Alah sapa la kita yang orang nak rindu-rindu ni. Poyo jer.

Hari ini dah 15 Muharram, cepatnya masa berlalu. Umur semakin meningkat, diharap amalan juga begitu kerana kubur semakin dekat.

Image result for ikan bakar

Ni apasal tetiba ada gambar ikan pula?

Hahahahah, sebenarnya nak cerita pasal cara menghilangkan hanyir ikan. Berguna tau panduan ni. Mana nak tau nanti hangpa yang memuda ni kawin, dok rumah mak mertua, kan malu kalau tak tau cara yang betul bersihkan ikan. 

Oklah sebelum KakDah melalut, kredit diberi kepada kawan FB baru KakDah, Khairunnisa Jamali, Pengusaha Dodol Masyhur dari Melaka. Korang kalau nak oder dodol buat cendermata sebarang majlis boleh la hubungi dia di fanpage Dodol Masyhur. Sedap dodol dia.

Berikut adalah rumusan kepada survey yang dibuat oleh Khairunnisa :

20 cara berkesan menghilangkan bau hanyir ikan (kalau tak hanyir itu bukan ikan - KakDah)
      1.    Perah limau nipis
2. Perah + rendam dengan air limau nipis selama 3 minit 
3. Lumur ikan dengan garam kasar, gaul, biar dan basuh
4. Lumur ikan dengan tepung gandum, gaul, biar dan basuh
5. Lumur ikan dengan perahan lemon, gaul, biar dan basuh
6. Basuh dengan air basuhan beras
7. Rendam dengan asam keping dan daun serai
8. Basuh bersih ikan, rendam sekejap dengan garam kasar dan asam jawa 
9. Ikan bendang : Gunakan daun serai
10. Basuh dengan garam
11. Basuh dengan air asam jawa
12. Asam jawa gaul pada ikan, salut tepung, biar dan cuci 
13. Jus limau gaul pada ikan, salut tepung, biar dan cuci
14. Basuh dengan air dan tepung gandum
15. Ramas dengan daun bebuas, biar sekejap dan cuci
16. Buh asam jawa, perap dalam peti ais selama 3 jam
17. Tutup hidung ( tak bau hanyir ikan )
18. Ikan sungai : gunakan air kapur
19. Ikan laut : gunakan asam + garam
20. Guna CelebrityLass (hilangkan bau hanyir ikan di tangan awak) 

 3 Cara berkesan menghilangkan bau hanyir ikan bersama ikannya sekali 
           1. Bagi kucing
        2. Makan ayam
3. Kasi Mak Leha Janda hujung taman goreng, kita makan saja KFC

 Semoga bakal pengantin baru tak gentar bertemu ikan segar di rumah mertua nanti.

kbaiii.

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design