Friday 24 October 2014

Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Google

Salam sejahtera semua. Semoga saya dan anda semua sentiasa berada didalam rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Kepada semua kawan-kawan dan pembaca sekelian,

Dosa mengumpat tidak boleh dihapuskan dengan solat, puasa sunat dan lain-lain kecuali dengan memohon maaf kepada orang yang diumpat.

Justeru itu, sempena menyambut tahun baru Maal Hijrah, KakDah menyusun jari sepuluh andaikata  ada terkata secara sengaja ataupun tidak. Malahan KakDah juga  ingin memohon maaf andaikata dalam  gurau senda, kata-kata dan tulisan  KakDah selama ini mengguris hati dan perasaan anda semua. KakDah  berharap anda semua dapat memaafkan diri ini dengan setulus hati dan penuh ikhlas.
 
Terima kasih juga kerana sentiasa hidup saling bermaafan, saling tegur menegur, saling berkongsi ilmu yang bermanfaat, agar tiada hasad dengki khianat, serta tidak sombong diri.

Selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah 1436
Semoga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati & diredhai Allah SWT.

JOM KITA BUKA BUKU BARU DALAM HIDUP KITA.

Selamat Tahun Baru Hijrah

Teks : Rapidah Ramli
Foto : ehsan dari kawan

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Selamat menyambut tahun baru hijrah 1436. Semoga segala amalan kita pada tahun lepas diterima Allah dan insyaAllah kita akan menperbaiki serta mengandakan usaha dan amalan pada tahun ini.

Imam Ibn Rajab al Hanbali, muridnya Imam Ibn Taimiyyah dan Imam Ibn Qayyim menyebut dalam kitabnya Lataifu al Ma'arif tentang kelebihan-kelebihan amalan pada bulan-bulan  dan musim yg tertentu. Imam ini menyebut tentang kepentingan dijaga amalan baik akhir tahun dan awal tahun. Sebagaimana afdalnya dijaga amalan di awal hari dan akhir hari, awal malam dan akhir malam ,diawal kehidupan dan di akhir kehidupan. Semoga sekiranya yg awal baik, yg akhir juga baik, kedua-dua  ini akan menyelimuti yg lain-lain di antara keduanya,

Jadi kita nak berdoa ke, nak baca al Quran ke, nak berzikir ke pada saat-saat awal tahun dan akhir tahun ini tidak ada larangan, doa awal tahun dan doa akhir tahun itu memang bukan ada riwayat drp Rasulullah sollalahu alaihi wassalam, ianya adalah susunan ulama dan diamalkan oleh oleh sekian banyak ulama dan solihin zaman berzaman. Memang munasabahnya sekiranya taubat kita di akhir tahun itu diterima Allah, syaitan akan kecewa, sekiranya doa awal tahun kita diterima Allah, juga syaitan akan kecewa. Walaupun dalam hal ini secara specificnya tidak ada riwayat,

Kita disuruh dalam al Quran untuk bersama dengan orang-orang yg benar, termasuk para ulama amilin dan solihin abidin, bersama itu termasuk dalam menyerupai amalan-amalan soleh mereka.
Mutakhir ini masyarakat kita dilanda wabak menolak amalan-amalan ulama dan solihan berslogan menolak bid'ah dan taqlid, tanpa disedari mereka ini mungkin sahaja dijangkiti penyakit 'we are better than scholars and 'ubbud of the past, we know and practise sunnah more than them'.

Marilah kita mengingatkan diri kita dengan tanda-tanda kebesaran Allah, antaranya perubahan malam siang, peralihan musim dan pertukaran tahun, marilah kita hidupkan masa-masa ini dengan menjadikan ianya kesempatan antara kesempatan-kesempatan untuk menghampiri diri kepada Allah.

Biarkanlah golongan yg memandang sinis pandangan ulama silam tetapi bertaqlid dgn ulama aliran mereka yg semasa dgn hujjah2 mereka, jangan biarkan mereka mempengaruhi sehingga kita terlucut peluang untuk berjinak-jinak kepada Allah dan rasul Nya dan kepada golongan solihin.
Fikirkan dan selamat beramal semua.




 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design