Tuesday 13 May 2014

Rawatan pergigian

Teks: Rapidah Ramli

Bismillah.


Hari ini Kak Dah ada temujanji dengan doktor gigi lagi. Bulan ini saja Kak Dah ada temujanji dengan doktor gigi sebanyak  6 kali. Banyak kan? Bagaimanakah tahap kerosakan gigi yang dialami sampai 5 kali kena jumpa doktor gigi dalam masa 2 minggu sebulan. Korang bayangkan lah sendiri.

Kenapa banyak sangat Kak Dah? Kak Dah malas gosok gigi ke? Hihihihihi. Mengaku jer la. Allah. Dah tua-tua ni kalsium kurang dan gigi pun banyak yang dah gugur.

Sebenarnya Kak Dah  mengambil program bersama pelajar pergigian UKM. Kira jadi model gigi lah. Jadi bila ada banyak kerosakan pada gigi mereka lebih suka kerana banyak ujian dan latihan mereka boleh buat.
Seingat Kak Dah la, dah hampir 8 tahun Kak Dah sertai program ini. Sebelum ini mana pernah nak sukarela pergi jumpa doktor gigi. Phobia, sebab masa sekolah rendah dulu ada pengalaman tak bagus bersama doktor gigi. Jadi yang sebelum ini, jumpa doktor gigi hanya bila ada kesakitan yang amat sangat dan x tertanggung lagi dah.

Kak Dah dah buat rawatan 5 batang RCT (root canal treatment), dan crown. Terbaru membaiki semua RCT yang dilakukan sebelum ini, 2 lagi crown dan gigi palsu baru. Opps bocor sudah. Hihihihi. Disamping rawatan biasa seperti tampalan dan scaling.

Semua ini boleh kita lakukan bila ada masa dan boleh istiqamah datang bila dipanggil. Dengan bayaran minimum rm5, anda boleh menikmati rawatan pergigian yang top kelas. Wah! iklan la pulak ye. Cuma itulah, kena rajin menghadiri sessi yang di panggil. 

Jadi kepada anda semua, jagalah gigi dari umur muda. Bila dah berusia macam Kak Dah ni tak lah nanti mempunyai masalah gigi. Kak Dah tahu ramai yang phobia nak jumpa doktor gigi ini, tapi percayalah sebenarnya kita akan suka jika kita tahu ianya amat memberi kebaikan kepada kita. Beranikan diri. Cukuplah dengan hanya membuat rawatan rutin setiap 6 bulan sekali. Kalau kita jaga betul-betul doktor gigi tak akan sesaja nak mengerudi gigi kita. Hikhikhikhik.

Amat suka jumpa doktor gigi. Kisah amat lagi sedih. umur 3 tahun dah hilang semua gigi susu. Hingga kini baru 3 batang gigi kekal yang dah tumbuh. Dia sentiasa tertanya bila nak jumoa doktor gigi lagi. Kalau ditanya kenapa?, nanti doktor gigi bagi amat hadiah jawapnya. Errr...kalau kita uang berusia ni dapat hadiah bila jumpa doktor gigi juga kan seronok. Ahaks.

Oklah, sampai sini dahulu. Nanti kita cerita lagi. Kak Dah nak siapkan kerja rumah dulu sebelum keluar rumah hari ini. Jumpa di entri seterusnya nanti. Assalamualaikum.
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design