Saturday 12 April 2014

Sekolah Melayu Sekolah Inggeris

Teks: Rapidah Ramli

Sekolah Melayu ? Sekolah Inggeris ? Ada beza ker? Bukan sekarang semua Sekolah Kebangsaan ke?
Betul, betul, betul. Sekarang semua sekolah dah menjadi Sekolah Kebangsaan.

Kak Dah darjah satu, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Bagan Serai Perak. Tinggal bersama arwah tok dan tokwan. Mak dan abah merantau ke Selangor.  Arwah abah janji, "kakak dok ngan tokwn setahun. Sekolah kat sini dulu. Nanti tahun depan abah mai ambil kakak. Cuti Sekolah abah balik la kampung. Jangan Nakal tau"

Tiap minggu bilang hari. Bila  la abah nak mai amik Kakak. Bulan December tiba. Abah balik kampung dan cakap " Kakak, lepas ni ikut abah p Kulompo. Abah dah dapat rumah kat sana". Yeayyyyyy.

Masa nak daftar sekolah baru, abah tanya "Kakak nak sekolah mana? sekolah melayu ka sekolah Inggeris?
"Ermmmm sekolah Melayu lah bah, mana kakak nak reti cakap orang putih kalau sekolah Inggeris."
Punya la phobia bila dengar perkataan inggeris tu. Dalam hati dok pikiaq, mati aku nak paham apa depa cakap kat sekolah tu. dah la budak baru, kawan pun tak dak.

Sekolah buka. Bermulalah Kak Dah sekolah di Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu, Selangor. Sekolah yang terpencil. Di sebelah kem Komando yang motonya Satu Peluru Satu Musuh. Hensem-hensem abang komando tu. Kat atas bukitnya ada Hospital Kuala Kubu Bharu. Sekolah pun kecil jer. Ada lapan bilik darjah termasuk opis dan bilik guru. TAPI, padangnya besaaaaaar. Ada la sebesar padang bola sepak yang national standard punya. Best kalau main rounders. Pemainnya satu sekolah. Tapi tak penuh pun padang tu.

Di sebelah kanan ada kem komando dan disekeliling  pula hutan hijau. Kami tak berani pergi sampai kehujung padang sebab dimomokkan ada keranda Jepun dihujung sana. Begitu juga dengan kata-kata seram yang mengatakan sekolah ini dulu adalah bekas kem tentera jepun. Jadi kalau pergi toilet jangan pergi sorang-sorang, takut. Selain takut hantu, takut pada binatang liar seperti ular juga. Maklum sekolah dikelilingi hutan. Pernah terserempak dengan cik Ular berlingkar didalam tandas. Hishhh geli you. Tapi memang betul pun. Masa buat penambahkan kelas di hujung padang sana, kontraktor memang jumpa keranda lama dan bom zaman jepun.

Hahahaha, yang paling tak boleh lupa rupanya kat sekolah ni pun kena belajar juga bahasa Inggeris. Ingatkan Sekolah Melayu tak payah belajar bahasa Inggeris.

Bila masuk sekolah menengah masuk sekolah aliran Inggeris. barulah tahu beza pertanyaan abah yang berpuluh tahun dulu. "Nak sekolah melayu ke sekolah inggeris?"

Dangkalnya ilmu dan pengetahuan pada masa itu. Apa pun terima kasih dan Al Fatihah kepada arwah abah yang banyak menyokong apa yang kakak buat selama ini.  Walau kakak banyak berontak dan tak mendengar kata. Terutama dalam bab bidang kerjaya.

Apa pun kepada kalian yang  ada mak dan abah yang masih hidup, berbaktilah kepada mereka sebaik mungkin. Sentiasa temani mereka dan menelefon sekurangnya untuk bertanya khabar. Carilah ruang dan peluang untuk bersama mereka sementara mereka masih ada ini.

Oklah sampai sini coretan tuk hari ini. Nak p antaq Angah balik asrama. Tadi pagi ada majlis di sekolah lama dia. Kot larat dan tak banyak kerja Kak Dah sambung cerita lagi malam nanti.

Salam sayang.



RAPIDAH RAMLI
Diari WAHMpreneur

Salah Masuk Kenduri.

Teks : Rapidah Ramli

Sekarang ni orang kahwin dah tak tunggu cuti sekolah dah. Tiap-tiap minggu ada jer jemputan kenduri kahwin. Kalau tak kenduri kahwin, majlis aqiqah cucu/anak.

Bagaimana dengan korang? Banyak terima jemputan?. Alhamdulillah. Hari tu sah kita tak payah masak.  Kak Dah suka. Sebab tak payah masak. Tapi kesian la sapa yang buat kenduri kat Selangor ni. Ayaq kena catu. Payah la sikit. Kita tengok payah, orang yang wat kenduri lagi payah. Kesian.

Ni citer kawan Kak Dah. Dia dia jenis kalut sikit. Peniaga kedai runcit. Pagi tadi Kak Dah pergi jumpa dia hantar stok sambal bilis.

"Pidah, ko datang awal tau hantar stok sambal bilis tu. Kang tengahari aku tak ada. Nak pergi kenduri. Ada dua majlis". Awal pagi dah whatsapp pesan suruh kita pergi awal.

Masa sampai di kedai tadi, dia memang gelut sikit sebab pembantu tak datang lagi. Dah siap hantar stok, Kak Dah tunggu la kejap, sembang lebih kurang. Kemudian terus balik ambil anak di sekolah.

Lepas zohor dapat whatsapp dari kawan tadi.

"Pidahhhhhh"

"Ya, apahal?"

"Malu aku weiii. Malu semalu malunya"

"Kenapa? Apa yang terjadi?"

"Hahahaha. Aku salah pergi kenduri. Siap salam dengan tuan rumah dan makan lagi. Rupanya salah. Jemputan kenduri tu esok. Aku dok fikir hari ni. Cik hubby langsung tawar nak makan. Adesshhh".

"Hahahahahhaha.. gelak besar aku. Lawak la ko Alo"

Rasanya ramai yang mengalami situasi macam kawan Kak Dah tu kan. Tapi tak mahu mengaku. Malu. Percayalah. Anda tidak kesorangan.

Ini pun satu pembelajaran juga. Di masa hadapan kita patut lebih berhati-hati dan alert dengan tarikh dan masa sesuatu jemputan.


P/s : Hari ini Kak Dah dapat kek coklat moist dari cik Alo sempena besday Kak Dah. Barakallahufikum cik Alo.



posted from Bloggeroid
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design