Saturday 5 April 2014

5 S

Teks : Rapidah Ramli

Anda tahu apa itu 5S? Pernah dengar 5S? Pernah tengok 5S? Apa yang anda faham tentang 5S? Yang dah faham apa 5S tu, selalu praktik ke? Sekarang ini kalau kita pergi ke Agensi kerajaan kita akan tengok bunting mengenai amalan 5S ini atau pun poster-poster mengenainya.

Kak Dah mula kenal pasal 5S masa mula kerja di Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) pada awal tahun 90an dulu. Kilang pemasangan kereta Nissan di Segambut. Awalnya perak juga la bila dok dengar orang cakap 5S, 5S. Bila tanya senior, dia cakap department kita tak terlibat cuma bahagian production. Aik! macam tu pulak. Tiga bulan kemudian baru faham apa itu 5S. Lamanya Kak Dah nak faham. Heheh sebab kerja di bahagian Personnel tak selalu pergi production walau setiap hari pekerja production datang jumpa Kak Dah di bahagian Personnel. Faham? tak faham tak apa. Tak penting pun. Hahahaha. kisah lama.

Sekarang, cerita pasal 5S ini. 5S ini merupakan amalan pengurusan berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dan TCMA ini memang berkalobrasi dengan pihak Jepun. Ianya menumpukan lima langkah tindakan perlaksanaan yang bermula dengan huruf asalan 'S' yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik.

Meh sini kita tangok apa dia lima 'S' tu :

1. Seiri bermaksud Sisih.

    Ini bermakna BUANG dan Sisih segala benda yang tak perlu, dah expired, dah tak digunakan lebih dari setahun dalam  bahasa kasarnya, sampah la. Biasalah kita surirumah ni, beli barang selalu, kadang ada yang tak pakai pun. . Elok berbungkus jer. Atau ada yang dah expired berbulan tak berusik. Sayang konon. Hah! mulai sekarang kita cuba ubah perangai tu. Tak payah la nak sayang-sayang benda yang dah expired tu. lagi satu, kalau ada barang yang dah lama tak guna tu, buang atau beri pada orang atau jualkan jer di kedai barang lusuh. Dapat duit dan ada ruang dalam rumah.

2. Seiton bermaksud Susun.

    Dah kita buang semua sampah-sampah dan barang yang tak perlu, kita susun barang yang ada mengikut kumpulan yang sama dengan elok. Kalau boleh label setiap barang supaya senang dicari kemudian hari. Dan kita juga akan dapat mencari barang dengan cepat. Ia juga dapat menjimatkan penggunaan ruang.

3. Seiso bermaksud Sapu.

    Hah! dah susun elok-elok tu, sapu bersih kawasan tu jangan nak biar macam tu jer pulak. Tujuan menyapu untuk menghilangkan habuk atau kotoran yang melekat di lantai, mesin tempat kerja atau barang yang dah disisih dan disusun tadi. 

4. Seiketsu bermaksud Seragam.

    Seragam ini hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun dan sapu telah di sempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting supaya segala usaha yang dilakukan dalam aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia.

5. Shitsuke bermaksud Sentiasa Amal

    Senang cakap sentiasa amal. Insya Allah, rumah akan menjadi lebih bersih dan teratur.

Cuba kita terapkan budaya 5S ini dalam keluarga kita. Senangkan hidup hidup, sebab semua orang bekerjasama dalam menjaga kebersihan.

Tapi terus terang lah, anak-anak Kak Dah pun tak mengikut sangat amalan ini. Letih kadang mengingatkan mereka, lepas mandi, towel tolong sidai. Tapi usaha nasihat tetap diteruskan. Mereka bila depan mak memang manja. Semua nak mak buatkan. Bila hidup sendiri di asrama, boleh pulak menguruskan diri dan menjaga kebersihan. 

Ahh!! rindu dengan kaletah anak-anak masa kecil. Dah besar rupanya anak-anak.dan yang bangganya dibelakang mak mereka boleh pulak apply 5S. Selama ini kita dok ajaq depa buat tak reti ja. Kita punya la kecut perut nak lepaihkan depa pi dok asrama. Takut tak reti nak mengemaih bagai. Jadi jangan lah kita memandang rendah dengan kebolehan anak-anak ini.

Err.. ada ada kena mengena ke cerita anak tu dengan cerita 5S??? Adakan?? Harap hangpa semua tak jemu membaca bebelan Kak Dah ini.

Celoteh Kak Dah : Benda yang selalu kita buat akan menjadi amalan. Sentiasalah amal benda-benda yang baik. Kalau  tak percaya cuba buat satu perkara selama 40 hari. Dan tengok, pada hari ke 41, mesti anda akan automatik membuatnya. Memula jer susah. Selamat beramal. Kak Dah pon tengah cuba membuat amalan menulis blog secara konsisten selama 44 pos@44 hari. Doakan kak Dah berjaya. Ganbatte!!
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design