Saturday 22 March 2014

Perempuan cabar Nafsu Lelaki

Teks : Rapidah Ramli
Sumber : copy paste dari wall anak
foto : google


SEDARKAH KITA?
Ramai perempuan cuba mencabar NAFSU LELAKI?
Bagaimana?
Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kot!
Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita.
Pakaian longgar, labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :

1. Tunduk

Tunduk pun salah?
Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Sedarkah kita dah membiarkan bentuk bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki?
Mencabar nafsu tak?
Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki

Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.
Percayalah....
lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan

Tahukah kita? Cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?
Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk
(bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.
See?

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman.

Alamak, senyum pun salah juga? Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi. Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir. Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda? Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi,
senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan? Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.

Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa? Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah Azza wa Jalla.

Bagaimana caranya :

1. Elakkan berurusan dengan lelaki.

Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki. 

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar. Contoh : Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak-gelak ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate.
Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki.


Rujuk Al-Qur’an surah Al-Ahzab ayat 32 :
 

“Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik. Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja,
lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri nabi,
sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best bukan?


3. Tundukkan hati :

Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan mereka, banyak-banyaklah berdoa :
 

“Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”
 

4. Tundukkan pandangan.

Jangan tertipu dengan subjek Communication Skills yang kita belajar kat universiti dulu :
“Make eye contact with the person you’re talking to.”
Benda tu applicable kalau kita becakap dengan orang yang sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact
dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul. So, be careful dengan pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi. 


Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53 :
“….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”
 

Kita bukan disuruh bawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang,  kenalah buat apa yang diorang buat. Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam
Al-Qur’an baru nak buat kot. Contoh :


“Wahai kakdah.. taatilah suamimu…”
 

 Iskhh...iskhhh... tak layak nya…

5. Cepatkan urusan.

Ni mungkin applicable kepada students atau orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama, buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu dan tak perlu. Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.
Jaga diri, hiasi peribadi.


Sentap sangat-sangat :(

Ibu Mertua ku

Teks : Rapidah Ramli
Foto : google

Assalamualaikum. Hihihihihi, tajuk tak boleh blahkan?.  Agak-agak korang korang la, zaman milinium ni ada lagi tak mak mertua versi Nyonya Mansor tu? Yang pentingkan darjat keturunan dan harta? Err, sebelum tu nak tahu juga lah korang semua ni ada mak mertua ke tak? Bagaimana hubungan korang dengan dia? Pilihan biasa ada dua sahaja, bahagia atau derita. Jadi apakah pilihan korang?

Siapa yer contoh mak mertua versi lawan dari Nyonya Mansor tu? Tak dapat nak pikir pulak di petang yang mendung ni, dikala air paip tidak menitis walau sedetik. Rasanya kebanyakkan drama yang ditayangkan banyak yang sama spesies seperti Nyonya Mansor tu kan, tak kira apa sebabnya. Sebut mak mertua sahaja, mesti garang, tegas. tak boleh melawan, mesti ikut arahan dia sahaja, di kawal segala pergerakan dan segala macam yang perangai yang negatif, yang letih kita melihat dan memikio karenahnya.

Opss sebelum nak sambung cerita pasal mak mertua ni, saya nak maklumkan, lepas ni saya akan bahasakan diri sebagai kakdah, lebih mesra gitu. Dan entri-entri selepas ini juga ye, sebab bila menulis menggunakan bahasa melayu kaku ni, rasa macam buat karangan sekolah lah pulak. Kita  nak santai-santai jer kan.

Untung orang yang berkahwin ini ialah, dia akan mendapat seorang lagi ibu, mama, emak, umi atau apa saja gelaran yang korang panggil, dia tetap akan menjadi keramat hidup korang. Jadi bila kita dah anggap dia sebagai ibu kita, mak kita, umi kita kenapa mesti ada jurang diantara mertua dan menantu?kannnn?
Hehehehe, agak-agak korangkan mak mertua kakdah ni baik tak?

Okey, berbalik kepada cerita ibu mertua ku, apa yang kakdah nak cakap dan cerita adalah mengenai mertua kakdah. Tak, Tak, Tak, ini bukan nak mengata atau nak membodek atau nak mengipas atau nak dapat perhatian atau, atau apa sajalah. Tapi ini adalah apa yang kakdah rasa. Sepanjang perkahwinan selama 19 tahun, kakdah BAHAGIA mendapat mertua sebegini, seorang wanita yang begitu tabah menghadapi cabaran hidup disamping suami yang lumpuh berpuluh tahun.

Wanita ini memang membuat kakdah kagum. Dia menjaga suami yang sakit terlantar tak boleh berjalan, perlu bekerja menyara kehidupan, membesarkan anak-anak (termasuk suami), walau kadang mulut bising tapi tetap menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Hei! bukan senang tau nak menjaga orang yang sakit terlantar ini, ditambah pulak selalu emosi, sampaikan  kalau emosi mental  kita tidak kuat, kita akan rebah tersungkur tau. Bermakna nak menjaga orang yang sakit ni kita perlu kuat mental dan fizikal. Kakdah pernah ditugaskan jaga arwah abah, semasa mak pergi umrah, 10 hari.

10 hari jer tau, di ulang, sepuluh sahaja. Ya allah, hari kedua dah berdoa, mak balik la cepat. Memang stress yang tinggi wo. Walaupun temper abah kurang sikit dari bila dia bersama mak, tapi ketengangan tu masih terasa kuat. Dan arwah abah mertua meninggal 7 tahun lepas semasa kakdah mengandungkan anak keempat setelah menderita tak boleh berjalan hampir 20 tahun. Dan tentunya orang yang paling sedih ialah mak.

Itu satu bab, bab lain yang kakdah jeles dengan mak mertua ni ialah, dia akan khatam membaca quran setiap bulan, solat malam setiap 3 pagi, puasa isnin dan khamis tidak pernah tinggal. MasyaAllah, dalam menjalankan tanggungjawab kepada suami, tanggungjawab kepada Allah juga tak pernah lalai. Dan belum di hitung lagi amalan dia yang lain. Huuu..nangis nak ikut cara mak ni.

Ingat lagi, masa pertama kali pakwe bawa jumpa mak dia (belum jadi suami, panggil pakwe la kan?) debar di dada lebih teruk dari masa nak ambil keputusan spm. Dan bila dah jumpa, Ya Allah, mesranya, macam konpem jer nak wat menantu. Yang kita ni dah cuak semacam.  Kisahnya, cik abang rupanya memang tak pernah berkawan dengan pompuan, means yang serius dan membawa balik kerumah, dan bila dah bawa balik rumah tu kira konpem la tu. Terus mak kata nak hantar pinangan.Hah!. tercengang rasa macam mimpi saja. .

Mak memang outspoken. Tak suka dia cakap depan dan dan tu gak. Dan paling best birthday mak dan kakdah hampir. Mak pada 10 dan kakdah pada 12, April. Biasa anak-anak mak celebrate birthday mak diaorang mesti kakdah termasuk sekali. Kira 2 in 1 la. Mak selalu cakap, kalau hisham ni buat tak betul, cakap dengan mak, biar mak marah dia. Rasa sangat disayangi dan saya sayang mak. Adakah kakdah sayang mak mertua lebih dari mak sendiri? Pada kakdah la, simple. Syurga kakdah sekarang dibawah kaki suami, dan syurga dia pada mak. Makanya, apa salahnya kakdah turut menumpang, menjaga syurganya dan kakdah berharap menantu mak kakdah akan dapat menjaga mak seperti mana kakdah buat kepada mertua. Aamiin.

Banyak kisah kakdah dan mertua ni, antaranya sebelum adik-adik ipar berkahwin, kakdah la yang selalu menjadi  F&B manager. Membeli keperluan dapur, setiap kali pergi ke pasar raya. Tolong bayarkan bil-bil. Dan kakdah tak boleh berkata TIDAK, saya tak mahu buat. Bukan sebab takut atau apa, ianya datang dari hari, kerana yang menyuruh itu mak. Dah sayang. Biasalah bila kita sayang pada seseorang kita akan buat apa saja kan??.^___^

Kakdah sayang mertua kakdah, anda bagaimana? Sayangi mereka selama mereka masih ada.
Salam maghrib semua. Jumpa di entri yang lain.
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design