Friday 26 December 2014

Aku yang leka

Teks : Rapidah Ramli
Foto : sumber google

Assalamualaikum. Hari ini 27hb Disember 2014. Alhamdulillah. Mentari mula memancarkan sinar setelah seminggu berlindung di balik awan.

Sejak seminggu yang lalu cuaca suram tanpa cahaya. hujan turun mencurah dan akhirnya....banjir melanda.

Hingga hari ini Kelantan masih ditenggelami air. Lumpuh habis. Paling terjejas daerah Kuala Krai, habis tenggelam seluruh daerah.

Banjir di Kelantan kali ini lebih besar dari yang sebelum. Kesiannya kepada anak-anak kecik dan orang tua. Ramai yang terkandas dan terperangkap. Air yang tinggi dan arus yang deras menyukarkan pihak penyelamat menghantar bekalan makanan dan ubatan. Allahuakbar.

Lihat dari sudut positif. Allah sayang kita kerana memberi ujian dan dugaan untuk menaikkan darjat kita. Dan Allah maha mengetahui dugaan yang bagaimana dan kemampuan kita untuk hadapinya. Subhanallah.

Mulakan dari diri kita. Sangka baik kerana Allah mengikut sangkaan kita.

Moga mereka yang terlibat dengan banjir ini, tabah dan kuat hadapi hati mendatang. Aamiin yra.

Sunday 30 November 2014

Mari bersedekah

Teks : Rapidah Ramli

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah
SAW bersabda,
“Setiap anggota manusia dkehendaki memberi
sedekah selagi matahari terbit.
Mendamaikan antara dua orang (yang
bertelingkah itu) merupakan sedekah,
menolong orang yang hendak menaiki kenderaan
adalah sedekah atau mengangkat barangan ke
atas kenderaan adalah sedekah,
kata-kata yang baik adalah sedekah,
setiap langkah perjalanan untuk sembahyang
adalah sedekah
dan membuang benda yang berbahaya dari jalan
adalah sedekah”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saturday 29 November 2014

Promosi Hujung Tahun

Teks : Rapidah Ramli

Selamat sejahtera semua. Hari ni nak habaq mai, Jamu Susuk Dara sedang mengadakan kempen pendaftaran ahli.

Hangpa semua pon tahukan, barang JSD ni baguih tapi mahai.

Jadi, inilah peluang hangpa nak dapatkan diskaun pembelian sebanyak 20% dengan menjadi agen a.k.a ahli.

Jadi agen ni bukan suruh hang pa pi jual barang dan kumpul mata. Macam kad loyalti petrol pam, tesco, Aeon Big dan lain-lain tu.

Untuk kegunaan sendiri ja. Banyak tu....diskaun 20%. sapa nak bagi. contoh, hangpa beli feminine wash (fw) harga biasa rm48. Harga ahli rm38.60. Banyak beza kan???

Lagi satu, sebotol fw ni boleh tahan selama 2/3 bulan tau..congak pi congak mai..lebih kurang sama ja dengan harga produk lain di pasaran. (Dari segi harga la)

Yang buat fw ni berbeza dr yg lain, ianya sejuk dan berubat. Berubat macam mana?

Meh pm KakDah atau hangpa boleh whatsapp/telegram 013-4876247

Walimatul Urus

Teks : Rapidah Ramli
foto : galeri henpon

Assalamualaikum semua. Lama tak bersiaran kan. Sekarang musim cuti sekolah sudah bermula. Setiap minggu ada sahaja aktiviti. Yang paling popular ialah jemputan kahwin.

Hari ni KakDah ke Melaka, memenuhi undangan walimatul urus majlis perkahwinan sahabat sekolah rendah.

Tahniah kepada pasangan Sharifah Mariam dan Zulkifli Haron. Moga rumahtangga yang dibina hari ini kekal ke akhir hayat seterusnya ke jannah.

Bila dikenang kisah percintaan mereka berdua, memang penuh drama. Kenal semasa sekolah menengah dan setelah bertahun berpisah hari ini bersatu dalam sebuah ikatan yang suci.

Tahniah buatmu sahabat...

Friday 7 November 2014

Resepi Roti Sarang Lebah

Teks : Rapidah Ramli

Assalamualaikum semua. Dah sarapan? Makan apa pagi ni? KakDah belum makan lagi. Ni dalam perjalanan nak ke Morib sat. Ada hal.

Dok boring-boring dalam tren ni mai belanja satu resepi. KakDah dapat reswpi ni dari facebook. Group resepi ringkas. Terima kasih kepada kak Kay Khaty yang rajin tunjuk ajar cara meroti dan mendonut.

Resepi Roti.
Oleh : KakDah
sumber : Kay Khaty

500g tepung high protein (teping gandum biasa pon ok)
sepeket yis kering (mauripan, moi)
[dua bahan ini diayak bersama]

4 biji kining telur
200ml air suam
100g gula castor
100g mentega
secubit garam
sedikit esen vanila

cara :

Dalam bekas tepung yang telah diayak bersama yis tadi, campurkan kuning telur, gula dan gaulkan sambi dimasukkan air sedikit demi sedikit. Masukkan garam dan esen vanila. uli lagi. masukkan mentega..uli dan canai hingga tpung menjadi elastik. (kakDah pakai mesin jer. tak larat nak uli tangan)

bila doh dah menjadi elastik dan bulat. perap selama sejam (kakDah aimpan dalam oven yang tak di On kan)

Bia doh dah naik sekali ganda. Tumbuk doh untuk buang idara, dan uli lagi hingga betul-betul lembut. Buat bulat2 sebesar buah mata kucing. Peram lagi hingga naik kembang. Sapu permukaan roti dengan susu segar dan di tabur dengan kuaci, badan, bijan atau apa saja seed yang ada kat rumah korang. Tak bubuh apa-apa pun ok.

Bakar dalam masa 15-20mnt. Suhunya bergantung kepada oven korang.

Dah masak cepat-cepat sapu atasnya dengan butter lagi.

Dah siap. Boleh makan dengan kuah butterscoth. Resepinya kakDah bagi kemudian na. KakDah dah sampai destinasi yang dituju ni.

kbai.

Doa Pagi Sabtu

Teks : Rapidah Ramli


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.

ُِSalam pagi Sabtu                                                    15Muharram 1436H,
08 November 2014.                                    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah, kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kami kekuatan , taufik dan hidayah kepada supaya kami dapat memperbaiki diri kami, menambahkan ilmu, iman dan amal kami. Ya Allah kami memohon Ya Allah jangan sibukkan kami dengan urusan dunia

Ya Allah janganlah sibukkan kami dengan urusan anak-anak.

Ya Allah janganlah sibukkan kami dengan urusan menjalankan perniagaan.

Ya Allah jangan sibukkan kami dengan urusan menambahkan harta benda

Ya Allah janganlah Engkau sibukkan kami dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa

Ya Allah janganlah kami
memilih untuk bertarung bermati-matian untuk merebut dunia

Tetapi Ya Allah jadikanlah kami juga berusha sedaya upaya untuk merebut tempat disyurga Mu.

Ya Allah kuatkanlah tekad kami untuk mencari peluang untuk menyembah Mu dan beribadat kepada Mu Ya Allah semata-mata untuk mendapat rahmat dan keredhaan Mu Ya Allah.

Ya Allah ingatkanlah kami semua yang berlaku keatas kami didunia ini adalah diatas ketentuan Mu dan sebenarnya apa yang kami dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Mu Allah. Oleh itu Ya Allah jadikanlah kami redha dengan ketentuan Mu itu Ya Allah.

Ya Allah janganlah kami cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kami dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar tetapi jadilah kami cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kami, cemburu melihat kawan kami sentiasa solat berjemaah di mesjid, cemburu melihat mereka selalu mengikuti kuliah ilmu, cemburu apabila mengetahui mereka selalu bangun di sepertiga malam untuk solat tahajud dan bermunajat kepada Mu Ya Allah.

Ya Allah janganlah kami cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah tetapi jadi lah kami  cemburu apabila melihat mereka yang tidak lekang dengan AlQuraan dan sering khatam Al'Quran

Ya Allah janganlah kami mengagungkan wang, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya.

Ya Allah janganlah kami terlalu ghairah pada setiap kali menyambut hari jadi kami tetapi ingatkan kami juga bahawa ia juga menandakan bahawa umur kami makin bertambah dan waktu kami akan dipanggil Illahi bertambah dekat.

Oleh itu Ya Allah ingatkan kami untuk bermuhasabah mengenai bekalan kami ke satu perjalanan yang jauh, yang kami tidak akan kembali dan buat selama-lamanya.

Ya Allah ingatkan kami bahawa sesungguhnya mati itu benar alam kubur itu benar, hisab itu benar, padang mahsyar itu benar dan  syurga dan neraka itu benar.

Ya Allah selesaikan masalah kami bukan hanya di dunia ini Ya Allah, tetapi selesaikan juga masaalah kami di dalam kubur, di padang mahsyar, titian sirat dan mizan.

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ

Thursday 6 November 2014

Promosi JSD #1

Teks : Rapidah Ramli


Assalamualaikum semua.


Hari ini KakDah nak bagitau hangpa , untuk bulan November ni JSD sedang membuat promosi pengambilan agen. Hangpa bayaq RM100, akan dapat dua tiub intem gel[IG] dan sekotak Cokalat Love Habibi [CLH]. Biasa untuk tiga barang ni berharga RM160.

Berbaloi-baloi cakap hang. Mana nak dapat  promosi macam ni lagi dah. Cuma RM100 dapat tiga barang tu. Tambah pula agen layak mendapat potongan harga 20% seumur hidup. Wahhh! boleh buat duit lepas ni. (t&c)


Untuk sebarang pertanyaan mengenai promosi dan produk JSD ni hangpa boleh tinggaikan komen di bawah atau whatsapp/telegram kakDah 013-4876247 untuk jawapan segera. Insya Allah.


T&C : syarat untuk menjadi agen senang sahaja.

1. Sediakan wang RM100 (anda akan mendapat item tersebut diatas)
2. Salinan Mykad dan sekeping foto
3. Isi borang (boleh didapati dari pengedar sah)

Hanya itu sahaja. Senang bukan?. 

sms/whatsapp/telegram 013-4876247
Fb : Eda Ramli
Page : Jamu Susuk Dara e-kiosk


Tuesday 4 November 2014

Oh Rapidkl

Teks :Rapidah Ramli
Foto : galeri henpon
Lokasi : Bus stop Jalan Raja Laut

Assalamualaikum semua. Hari ni nak habaq satu berita baik.

Setelah dua puluh tahun berlalu, hari ini KakDah berjaya pergi kerumah mak dengan menaiki BAS. Ya, bas. Anda tak salah membacanya.

Selama ini pergi rumah mak menaiki lrt atau memandu kereta sendiri. Tak pernah tahu atau ambil tahu mengenai bas pun. Ini pun berjaya hasil dari bantuan kawan-kawan di group whatsapp.

Memula tu terpinga-pinga juga macam pelancong asing. Hahahaha...

Baru tahu bas nak ke Dato Senu, Sentul ialah Rapidkl u224.  Kadar tambang RM2. Tunggu di depan bangunan Mara, Jalan Raja Laut.

Dekat sejam gak lak menunggu  bas ni, baru muncul...kalau naik lrt tadi dah siap makan kat rumah mak!


Saturday 1 November 2014

JDT vs PAHANG

Teks : Rapidah Ramli

Selamat malam semua. Malam ni bola. Akhir. JDT lawan Pahang. Penuh stadium  Bukit Jalil habaq hang. Jalan raya dari tol Gombak ke Bukit Jalil sesak semacam. Dan KakDah pecah rekod update blog sambil tengok bola.

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang bakal menang. Penyokong-penyokong jangan la berlagak pula tau.

Yang bakal kalah pula, jangan putus asa, cuba lagi di masa hadapan. Para penyokong pula jangan la nak maki hamun.

Adat bertanding, ada menang ada kalah. Jangan ikut perasaan sangat.

Gooooollllllll!!!

Yes...Pahang dah mendahului 1-0

Hangpa sokong pasukan mana? kakDah sokong team yang masuk gol. Tak kira belah mana. hahahahaha.

Gooooollllllllll...(Diaz mnt 31')

JDT menyamakan kedudukan.

Oppssss ada penalti lak.....yesssss...gol lagi bagi JDT.

Takat ini  JDT 2 - PAHANG 1

Oklah KakDah nak tumpu tengok bola ni.

Enjoy the game!

Jom Amal Sunnah Nabi

Teks :  Rapidah Ramli
Sumber : Group whatsapp

Assalamualaikum. Hari ni kak Dah masih tak sihat, kepala dok ting-tong, hidung dok meleleh hingus. Harap hangpa yang lain semua sihat lah nooo..

Alhamdulillah, sihat itu nikmat, sakit juga nikmat. Nantilah kakDah huraikan kaitannya.

Hari ini cuma nak tulis balik, sunnah-sunnah nabi, yang patut kita amalkan. Pasai apa nak amal? Pasai kita sayang nabi. Orang kalau sayang kepada seseorang, dia akan buat apa saja yang orang tu suruh...iya dak?

Sama la kes sunnah ni, kalau kita sayang nabi, kita ikut cakap dan perbuatannya dengan niat mengikut sunnah nabi, moga kita tergolong dalam orang-orang yang mencintainya. Allahumma solli a'ala Muhammad, wa a'ala a'aliyy Muhammad.

Jom semak sunnah-sunnahnya :-

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Dah baca? dah faham? Sebarkan...supaya lebih ramai lagi yang mengamalkn sunnah..

Jom amal sunnah nabi!!

Thursday 30 October 2014

Seni kraf - Tasbih cum keycain

Teks : Rapidah Ramli


Selamat petang semua.


Kalau selama ini kita hanya memakai keychain biasa-biasa yang kawan bagi semasa bercuti, apa kata kita ubah sikit fenomena itu. Kita guna tasbih mini. Letak satu kunci jer pon ok dah. Kata guru KakDah untuk mengingati Allah kita kena ada perkakas. Perkakasnya, biasakan memegang tasbih katanya. Kalau pakai tasbih biasa yang panjang tu macam riak la pulak kan. Dulu memang KakDah pegang yang panjang tu. tapi ada tempat macam tak sesuai lansung, sedangkan kita dinasihatkan agar sentiasa mengingati Allah.

Kalau korang tak percaya, cuba buat. Letak tasbih dalam poket. Bila pegang atau tersentuh tasbih tu mesti automatik korang akan berzikir. Semoga kita bukan tergolong dalam golongan orang yang rugi.

Surah Al Asr 1-3 :
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan mengamalkan amal soleh dan saling nasihat menasihati dan kesabaran."

Memandangkan KakDah masih tak berapa sihat, hari ni kita layan gambar jerlah ye. Benda ni bukan kakDah buat ye. Busu suami yang  buat. KakDah cuma tolong promot dan jualkan jer.

Sapa yang berminat boleh contact KakDah di no 013-4876247. Nak jadikan buah tangan atau hadiah kepada pelanggan atau tetamu juga boleh,

p/s : Busu juga boleh membuat pelbagai kraf mengikut occasion kita. Dia juga menerima tempahan gubahan pengantin.





Aiskrim Malaysia yang Gebu

Teks : Rapidah Ramli


Assalamualaikum semua, Harap hangpa semua sihat belaka no. Hari ni KakDah tak sihat sangat. Kepala pening hidung tersumbat. Yaaaa.....selsema. Banyak makan aiskrim malaysia la ni. Dan sakit itu kafarah dosa. Aamiin.

KakDah ni manja sebenarnya. Cheeeewah!. Makin berusia makin tak boleh makan ais. Perasan lepas bersalinkan Amat hari tu lagi, kalau lebih sikit makan ais akan sakit tekak dan terus selsema dan demam. 

Nyum Nyum Nyum....menggodakan yang oren tu..

Tah angin apa melanda ter rajin la pula membuat aiskrim malaysia ni. Saja buat jajan untuk anak-anak. Sampai penuh la peti ais tu kakDah buat. Siap berjualan lagi. Kalau dulu masa kecik-kecik aiskrim ni sepuluh sen jer. Sekarang lima puluh sen habak hang. Yang tak puas hati tu, kadang tu sejengkal jer panjangnya. Buat sendiri lagi puas hatikan. Makan sampai lebam. Haahahahahhahaha.

KakDah pernah makan aiskrim Malaysia yang gebu jer aisnya. Sedap. Tak keras.  Tah la tak tahu nak terangkan macam mana. Tapi rasa aiskrim tu memang febeles la. Lima bintang kakDah bagi. Bila di tanya resepi typical kita melayu macam biasalah, buat macam biasa sahaja. Air bancuh dengan perisa apa yang kita nak kemudian di ikat dalam kelongsong plastik. Tak membantu langsung.

Macam-macam cara kakDah cuba buat tapi tak pernah pun dapat rasa yang sama dengan buatan pakcik tu. Hah rasa aiskrim pakcik tu macam makan solero....aisnya gebu.

Setelah membuat penyelidikan melalui pembacaan di googgle, kekekekek, pakcik googgle juga yang dicari akhirnya. KakDah dapat satu kata kunci. Bancuhan air gula tu hendaklah dicampur dengan tepung jagung. Ya, serius campur tepung jagung kata mereka. Sedikit sahaja. Dan tiada amount yang tepat mengenainya. Jadi kita kenalah pepandai mengolahnya.

Setelah dua tiga kali mencuba, inilah hasil yang KakDah dapat. Rasanya hampir dengan yang pakcik tu buat.

Resepi : Aiskrim Malaysia
Oleh : KakDah

1 liter air 
2 senduk gula (secukup rasa)
1 senduk tepung jagung
20 biji asam boi merah/putih atau sebarang perisa yang korang nak

Cara-caranya.

1. Rebus air bersama gula dan asam boi hingga gula larut
2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air kemudian masukkan ke dalam periuk air gula tadi
3. Kacau hingga mendidih dan agak pekat,  tutup api dan sejukkan
4. Masukan kedalam kelongsong aiskrim dan sejukkan semalamam hingga keras. Siap.

Yang seronoknya, bancuhan air bercampur tepung ini tak akan menyebabkan air melimpah keluar dari kelongsong aiskrim semasa proses pembekuan hingga menyebabkan peti ais kotor seperti sebelum-sebelum ini.

Korang cubalah yer. Tak lama lagi cuti sekolah. Anak-anak mesti suka.

Oklah kakDah nah bersiap nak keluar ni, Nak pergi restock barang JSD. Lipstick dan pondesen yang hot dan mabeles tu dah sampai. Yayyyyy....

kbai~





Wednesday 29 October 2014

Pengalaman Bisnes Tanpa Modal

Teks : Rapidah Ramli

Assalamualaikum semua.

 Hari ini live KakDah tulis dari dalam tren lrt sambil di temani bunyi sembangan bangla yang baru balik menyoping kot.

KakDah sebenarnya dalam perjalanan jumpa pelanggan Jamu Susuk Dara dan dia  sudah selamat mendaftar menjadi agen. Alhamdulillah. Ini bisnes yang KakDah buat sekarang. Modal berbayar.

Ada ke bisnes yang tak memerlukan modal? Auta atau fakta? wellll.....

Sebenarnya ada bisnes yang boleh kita buat tanpa mengeluarkan modal ni. Cuma kita perlu pandai mencari dan pastikan ianya benar. Korang pernah dengar 'dropship'?. Ini salah satu darinya. Kita hanya daftar, promote barang, tak kisah menggunakan medium apa, dapatkan pesanan, bayar kepada tuan punya setelah tolak komisen. Segala urusan pengeposan dan penghantaran barang akan diuruskan oleh pihak tuan punya. Mudah kan? cuma pastikan tuan punya barang masih aktif la....kalau tak nanti tak pepasal nama kita menjadi busuk.

Hah! kepada sesiapa yang nak menjadi agen dropship JSD (Jamu Susuk Dara) boleh hubungi KakDah secara wassap/telegram 013-4876247. Email : rapidahbtramli@gmail.com.

Setakat hari ni, KakDah juga membuat dropship kepada produk Celebrity Lass. Produk penghilang bau badan dalam 3 saat. Sangat berbaloi. Selain itu, KakDah juga menjual tudung yang kawan jahit, kuih-kuih frozen yang kawan buat. Ya, untuk produk-produk ini, KakDah tak keluarkan modal wang, hanya air liur promote dan sesekali menggunakan media seperti instagram dan facebook.

Kunci kejayaan adalah usaha dan kepercayaan antara kita dan pihak pengeluar.

Sekian dulu. KakDah dah sampai rumah. Laparlah pulak.  Nak buat goreng pisang cheese lah untuk minum petang ni.

kbai.

Friday 24 October 2014

Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Google

Salam sejahtera semua. Semoga saya dan anda semua sentiasa berada didalam rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Kepada semua kawan-kawan dan pembaca sekelian,

Dosa mengumpat tidak boleh dihapuskan dengan solat, puasa sunat dan lain-lain kecuali dengan memohon maaf kepada orang yang diumpat.

Justeru itu, sempena menyambut tahun baru Maal Hijrah, KakDah menyusun jari sepuluh andaikata  ada terkata secara sengaja ataupun tidak. Malahan KakDah juga  ingin memohon maaf andaikata dalam  gurau senda, kata-kata dan tulisan  KakDah selama ini mengguris hati dan perasaan anda semua. KakDah  berharap anda semua dapat memaafkan diri ini dengan setulus hati dan penuh ikhlas.
 
Terima kasih juga kerana sentiasa hidup saling bermaafan, saling tegur menegur, saling berkongsi ilmu yang bermanfaat, agar tiada hasad dengki khianat, serta tidak sombong diri.

Selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah 1436
Semoga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati & diredhai Allah SWT.

JOM KITA BUKA BUKU BARU DALAM HIDUP KITA.

Selamat Tahun Baru Hijrah

Teks : Rapidah Ramli
Foto : ehsan dari kawan

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Selamat menyambut tahun baru hijrah 1436. Semoga segala amalan kita pada tahun lepas diterima Allah dan insyaAllah kita akan menperbaiki serta mengandakan usaha dan amalan pada tahun ini.

Imam Ibn Rajab al Hanbali, muridnya Imam Ibn Taimiyyah dan Imam Ibn Qayyim menyebut dalam kitabnya Lataifu al Ma'arif tentang kelebihan-kelebihan amalan pada bulan-bulan  dan musim yg tertentu. Imam ini menyebut tentang kepentingan dijaga amalan baik akhir tahun dan awal tahun. Sebagaimana afdalnya dijaga amalan di awal hari dan akhir hari, awal malam dan akhir malam ,diawal kehidupan dan di akhir kehidupan. Semoga sekiranya yg awal baik, yg akhir juga baik, kedua-dua  ini akan menyelimuti yg lain-lain di antara keduanya,

Jadi kita nak berdoa ke, nak baca al Quran ke, nak berzikir ke pada saat-saat awal tahun dan akhir tahun ini tidak ada larangan, doa awal tahun dan doa akhir tahun itu memang bukan ada riwayat drp Rasulullah sollalahu alaihi wassalam, ianya adalah susunan ulama dan diamalkan oleh oleh sekian banyak ulama dan solihin zaman berzaman. Memang munasabahnya sekiranya taubat kita di akhir tahun itu diterima Allah, syaitan akan kecewa, sekiranya doa awal tahun kita diterima Allah, juga syaitan akan kecewa. Walaupun dalam hal ini secara specificnya tidak ada riwayat,

Kita disuruh dalam al Quran untuk bersama dengan orang-orang yg benar, termasuk para ulama amilin dan solihin abidin, bersama itu termasuk dalam menyerupai amalan-amalan soleh mereka.
Mutakhir ini masyarakat kita dilanda wabak menolak amalan-amalan ulama dan solihan berslogan menolak bid'ah dan taqlid, tanpa disedari mereka ini mungkin sahaja dijangkiti penyakit 'we are better than scholars and 'ubbud of the past, we know and practise sunnah more than them'.

Marilah kita mengingatkan diri kita dengan tanda-tanda kebesaran Allah, antaranya perubahan malam siang, peralihan musim dan pertukaran tahun, marilah kita hidupkan masa-masa ini dengan menjadikan ianya kesempatan antara kesempatan-kesempatan untuk menghampiri diri kepada Allah.

Biarkanlah golongan yg memandang sinis pandangan ulama silam tetapi bertaqlid dgn ulama aliran mereka yg semasa dgn hujjah2 mereka, jangan biarkan mereka mempengaruhi sehingga kita terlucut peluang untuk berjinak-jinak kepada Allah dan rasul Nya dan kepada golongan solihin.
Fikirkan dan selamat beramal semua.




Sunday 19 October 2014

Amat dan Dentist

Teks : Rapidah Ramli
Foto : galeri henpon

Salam sejahtera kepada semua. Apa khabar anda hari ini? Hari inj KakDah bersiaran langsung dari Pediatrik Pergigian Kuala Lumpur.

Oppssss...tak ada masalah besar pun. Hanya membawa Amat untuk pemeriksaan gigi berkala.

Amat mengalami masalah kerosakkan gigi yang teruk bila berumur 2 tahun. Pada masa umur tiga tahun, ianya semakin memburuk. Doktor mengambil keputusan membuang semua gigi yang rosak. Hampir keseluruhan giginya dibuang. Hanya tinggal 3 batang sahaja yg elok.

Ya Allah. Kesian tengok. Macam mana lah dia nak makan. Tapi nak buat macam mana?. Untuk kebaikkan dia juga.

Sejak dari itu, sentiasa berulang untuk pemeriksaan berkala. Kalau masa awal dahulu, setiap 3 buan sekali kena pergi.

Alhamdulillah. Hari ini Amat telah discharge, bermakna tak perlu lagi berulang ke hoapital. Kalau sakit gigi boleh pergi ke klinik biasa sahaja.

Di harap Amat akan lebih rajin menjaga kebersihan gigi selepas ini.

Sayang Amat ketat-ketat.

Friday 17 October 2014

Sahabat Sejati

Teks : Rapidah Ramli

Salam subuh. Selamat menunaikan solat subuh kepada semua. Sarapan apa kita pagi ini? Sebelum itu, mari kita beri sarapan kepada 'rohani' kita. 

Dalam hidup kita ni, mesti kita ada kawan kan. Auta la kalau hangpa kata tak dak kawan. Kawan ni ada beberapa kategori atau jenisnya.

Mari kita teliti kategori kawan dan fikirkan bersama kita dalam kategori yang mana.

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :
.
1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.
.
2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.
.
3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.
.
4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.
.
5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.
.
6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
.
Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."
.
7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.
.
Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)
.
Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah. Amin

Mari Menjahit Setokin Sendiri

Teks: Rapidah Ramli
Foto : Galeri Henpon

Dah lama sebenarnya KakDah berangan nak buat setokin ni. Baru hari ni tercapai hasrat di hati.
Oleh kerana Kak Dah ni penjahit amatur jer, jadi banyak aspek kena perbaiki lagi.

Apa pun bangga beb!. dapat buat setokin sendiri. Sanggup pergi beli kain semata nak buat setokin ni tau.  Ko hado??

Nak Kak Dah bagi tutorial, tak pandai la. Kak Dah pon dok baca tutorial dari blog Kak zai di sewnsell.blogspot.com. Boleh beli ebook dari Kak zai.

Korang tengok la gambar ni. Macam tak percaya saja Kak Dah berjaya membuatnya. Sepuluh minit boleh siapkan sepasang.


Sunday 21 September 2014

Selamat datang baby A'alaullah

Teks : Rapidah Ramli
Foto : galeri henpon

Assalamualaikum semua.

Kak Dah dapat anak saudara baru. Seronok. Bau baby wangi jer. Maklum ahli syurga.

Perkenalkan baby A'alaallah binti Mohd Helmi. Alahai cik Lala tergeliat lidah mak long nak menyebutnya sayang oii!.

Bila ditanya kepada mak dan pak dia pasai apa bubuh nama susah sebut?.

Selamba ja depa jawab, " mak dan pak saudara semua pandai ngaji, makhraj huruf dah kenai, senang ja aihhh nak sebut."

"Yalah. Suka hangpa lah".

Geram sangat tengok baby ni.

Hah! Hangpa jangan nak tanya bila giliran Kak Dah pulak. Tak mau dah la. Dah tua. Laaa ni dok ingat nak mengaji ja.

Hangpa yang muda-muda ni elok la kawin awai dan beranak cepat. Nanti senang umoq tak tua sangat anak-anak dah besaq belaka.

#salam ukhwah

Tuesday 16 September 2014

Selamat Hari Malaysia

Teks : Rapidah Ramli

Selamat hari Malaysia. Saya bangga saya anak Malaysia.


Di sini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati

Di sini tersemai cita-cita

Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan

Ke mana harus ku bawakan

Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah

Ke utara selatan, timur dan barat

Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira

Gagah menjunjung senjata

Namun hati rela berjuang

Walau dengan cara sendiri

Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Aku lah penyambung warisan...

Saturday 13 September 2014

Cheezy Meatball

Teks : Rapidah Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.



Selasa. 9/9/2014. lokasi kejadian : food court SOGO kl.

Ceritanya kawan C cuti sebab ada appointment dengan doktor dan dia mengajak sesiapa yang ada masa terluang untuk berkumpul masa lunch. KakDah dan dua tiga orang kawan yang memang surirumah bersetuju. Bukan senang nak jumpa. Ahh..untuk makluman korang semua, ini adalah kawan-kawan sekolah rendah yang tidak pernah jumpa sejak 28 thaun yang lepas. Thanks to technology.

Kalau dilihat dari gambar diatas, tak kan semuanya surirumah? Yup. Anda betul. Surirumah hanya 4 orang sahaja. Yang lain semua nya bekerja. Dan salute kepada mereka sanggup ambil cuti separuh hari semata-mata nak jumpa kawan lama. Dan ada kawan yang dari Melaka, juga sanggup menghadirkan diri.



Kawah H membawa kek kukus. Nanti KakDah upload resepinya. KakDah pula bawa Cheesy Meatball. Dah lama teringin nak makan. Depa kata sedap. Selalu makan di IKEA, tapi KakDah tak penah pi IKEA tuk makan lagi!.


Once dapat resepi ini, terus buat. Kebetulan nak jumpa ngan kawan-kawan. Jadi terus jamu depa semualah. Alhamdulilah semua kata sedap dan minta resepi. Ada yang balik tu, terus ke supermarket nak beli bahan, nak buat.

Meh kita cikedaut resepinya.

CHEESY MEATBALL
sumber : FB resepi ringkas
Oleh : KakDah

MeatBall
Capsicum
Bawang Holland
Cendawan
Sos Carbonara
Lada Hitam
Oregano
Kepingan cheese

(Kuantiti - ikut suka korang lah nak banyak mana)

Cara : goreng meatball, bawang, cendawan dan capsicum dengan sedikit minyak (kalau boleh pakai la olive oil,)..tak perlu garing. agak separuh masak dah cukup. masukkan kedalam bekas ketepikan. Panaskan sos prego bersama separuh tin air, campurkan lada hitam dan oregano dah didih tutup api. Curah atas meatball tadi. susun cheese atasnya dan bakar. Agak-agak dalam 10-15 minit. hingga cheese mencair sahaj. Siap.

Puas makan.



Friday 12 September 2014

Ahli keluarga baru

Teks : Rapidah Ramli


Salam sejahtera semua. Ingat anak yatim yang KakDah cerita sebelum ni? Hah ini sambungannya. Hampir seminggu juga memikirkan nak buat apa dengan anak kucing ni. Bila tanya kanda nak bagi makan apa anak kucing? boleh dia jawap, " Mana saya tahu nak bagi  makan apa anak kucing, tapi kalau awak pandai la saya nak bagi makan apa."

Aduhhh! Pak Haji ni kita tanya elok-elok dia memain pulak.


mengantukkkknya..

nak susu...sebab tak reti munum sendiri habis tetek kawan tu dia sesah...
alahai..tucin oiii....mak siri pun tengah belajar nak bela ko ni..


Banglo kucing 2 tingkat. Pinjam. Ehsan dari Kak Su. Nasib baik ada cat lover dari kalangan jemaah mengaji. Ni dok belajar sikit-sikit dari dia - cara-cara membela kucing. 

Hmmm...nampak gaya nya macam bela anak kecik jer. Harap tak mati la anak-anak kucing ni bila dok ngan KakDah. Binatang kesayangan Nabi ni wooo...

Sabar je lahhhhhh.

Susu khas untuk anak kucing. 


Thursday 11 September 2014

UPSR dan kertas bocor

Teks : Rapidah Ramli



Salam Sejahtera semua. Hai lah KakDah ni selalu lewat masuk entri. Benda dah berlalu baru nak pos entri. Eh! nama pun Diari kan. Mesti la tunggu perkara berlaku baru nak tulis. Cuma cepat atau lambat jer. Hehehehehehehe.

Semalam hari terakhir UPSR dan semalam juga hari yang cukup panas walau hingga matahari juga malu untuk memunculkan diri. Semalam seharian mendung dan tidak ada sinar terik dar sang mentari. Tapi suasana semalam cukup panas.

Dari malam sebelom kecoh kata kertas soalan Science bocor dan dibatalkan. Pelajar akan menduduki peperiksaan pada 30/9/2014. Ok tak pa lah tu. Walaupun tension juga sebab ingat dah habis UPSR boleh tumpu pada PSRA yang dijadualkan naik dari cuti sekolah semester ni.

Dari pagi, wall di FB penuh dengan keluhan ibu bapa mengenai kertas bocor ni. Nak menambahkan panas, pada pukul 10am, (yang KakDah dengarlah) kerta Bahasa Inggeris juga bocor dan dijadualkan re sit sama dengan kertas sains iaitu pada 30/9/2014 nanti.

Ya Allah. Ini juga ujian.

Achik tetap balik mengikut jadual asal 4.30 petang.
"Kertas Bahasa Inggeris buat ke hari ni?"
"Buat. tapi science tak buat."
"Tak buat science, kenapa balik lambat?
"Pukul 2 tadi jawap soklan Aptitud"
"Apa tu?" (Nampak sangat mak ketinggalan)
"Oh! soklan untuk tinggal di sekolah asarama, macam tulah lebih kurang"
"ooowh,,,,macam angah buat nak ke MRSM hari tu la".





Tension!

Hmm nampaknya perjuangan belum selesai. Cuti sekolah ni kena pulun habis. naik cuti exam PSRA then kena re sit paper BI & SC UPSR. Kenang la ujian ni sepanjang hayat kau Achik. (untungnya mak buat blog cerita pasal ko. Kot nanti boleh ko cerita ngan cucu mak...ahaks...poyo jer.)

MOral stori.....cuti sekolah ni TAK BOLEH CUTI-CUTI JALAN!

Anak yatim piatu

Teks : Rapidah Ramli

Assalamualaikum. Salam Jumaat. Penghulu segala hari. Perbanyakkan selawat. 
Allahumma Solli A'ala Muhammad wa a'ala a'liyy Muhammad.

Ini cerita sabtu lepas. Hah?! lama nya dah. Hehehehe. Well..... u know I know cukuplah.


Sabtu, 6hb September 2014. 

Rutin setiap hari sabtu adalah menghantar si Achik ke sekolah untuk kelas tambahan UPSR. Tahun ini Achik akan menduduki peperiksaan UPSR. Lepas hantar dia kesekolah, kami bertiga, KakDah, Kanda dan Amat pergi bersarapan di pasar pagi Taman Kosas. Kali pertama nampak Amat boleh habiskan roti canai telur sekeping dan Milo Ais. Waaahhhh anak mak!. Mesti lapar sangat ni.

Setakat ni tak ada kejadian pelik sangat yang berlaku. Masa tengahari tinggal KakDah berdua dengan Amat di rumah. Amat dok main sengsorang dia lah. Sekejap keluar, sekejap masuk layan you tube, (tah hapa yang dia tengok? biasa ada lah projek dia tu), kemudian keluar lagi. Masuk, tengok you tube lagi, tak lama keluar lagi. kemudian dengar suara dia bersembang dengan cucu jiran depan. Tak apa lagi tu. KakDah pun ralit ja buat kerja kat atas.

Tiba-tiba tersedar. 

Apa pasal senyap jer ni. Jerit panggil amat. Dia menyahut. oh! ok, Amat ada dan selamat. Tapi hati ni rasa semacam lah. Apa yang tak kena ni?  Panggil Amat lagi, suruh dia masuk dan tutup pintu.Dia pun masuk dan naik atas, depan KakDah, tapi diam jer dan tengok TV. Hmmm. Dah Boring main la tu. Selalu mulut dia becok dok bercerita, tapi hari ni awat senyap pulak?

 "Amat sembang dengan sapa tadi?", 
"Dengan Hakimi."
"Hakimi mana?"
"Hakimi depan umah ni".
"owh...ok. Apa cerita?"
"Tak ada apa. Amat main dengan dia je".

Tak lama lepas tu dia berlari turun dan dengar pintu dibuka. "Amat nak pergi mana tu?"
"Amat kat luar ni jer". Dia balas. Senyap. Tanpa syak apa-apa, KakDah teruskan melipat kain yang bertimbun. Dah siap semua. turun kebawah dan tengok apa yang Amat buat.

Astagfirullahaladzhim.

"Mana kau amik anak kucing tu Amat?"
"Ni kucing Amat. Amat amik bawah pokok mangga kat luar rumah tadi". 

Huwaaaaaa....nak kata apa kat budak ni? 
Mak tak suka kucing. 
Mak tak mau bela kucing.
Sapa nak bagi makan, nak buang tahi dia, nak rawat dia sakit, nak layan dia dan banyak lagi nak???
Cer tengok dia buh lam apa. Hangin jer ngan budak ni tau.
Yang paling penting nak bela buh lam apa. Cage arnab hari tu mak dah letgo. Ya Allah!.
Tapi tengok muka Amat dan anak kucing ni kesian lah pulak.
Apa patut KakDah buat ni? Adakah mampu nak bela kucing ni? Kesian juga. Yatim Piatu kucing ni.
Boleh tak kalau KakDah buang anak kucing ni.


"Mana mak kuching ni Amat?"
"Tak ada. Hilang. Ada anak dia ni jer. Kita jaga ye, pleaseeeee"

Alahai Amat.......

 (KakDah syakkan, kucing ni mesti budak Hakimi tu yang bagi)




Monday 8 September 2014

Kenangan mengusik jiwa

Teks : Rapidah Ramli

Assalamulaikum. Salam hari Isnin. Bagaimana hari ini? Jangan tension-tension. Kita patut gembira kerana hari Isnin adalah hari kelahiran Nabi SAW. So....no more Monday blues okeh!
Senyummmmm..

Hari ini nak cerita zaman sekolah rendah. Berapa tahun dah anda semua meninggalkan zaman sekolah rendah. Setuju tak kalau saya kata, zaman sekolah adalah zaman yang paling mengembirakan.

5 kenanga 1985
Sekolah Kebangsaan Sentul
Setelah 28 tahun berpisah, awal tahun ini kami semua berjumpa di Facebook! Disusuli pertemuan mengeteh (minum teh di kedai mamak) dan sambung bersembang di Whatsapp group. Setelah 28 tahun berlalu, bermacam orang dan rencah hidup yang dilalui. Bermacam kisah dari kawan-kawan ada suka, ada duka, ada derita dan ada bahagia. Sesungguhnya masa mematangkan seseorang.

Dapat bertemu kembali kawan-kawan dari sekolah rendah memang seperti mimpi dalam mimpi. Err macam tajuk lagu pulak. Ahaks . Tak pernah terjangkau dek fikiran. Ditambah pula KakDah disekolah tersebut hanya setahun sahaja, tak begitu mengenali sangat mereka, tapi kami masih bercerita mengenai cikgu Kalsom yang garang, Cikgu Jalilah yang suka guna pembaris, karenah kawan-kawan yang nakal semasa sekolah dulu dan pelbagai lagi cerita semasa sekolah.So not bad lah. Walau hanya setahun ada juga memori. Kalau dulu dianggap sebagai tawar dan masan tapi kita semuanya kenangan manis.

Kalau dulu semasa sekolah tidak rapat dan kenal sangat, tapi hari ini boleh bersembang dengan gembira sambil mengimbau kenangan semasa sekolah dahulu. Rasa nak tulis cerpen pendek pulak pasal bebudak ni. Ok tak agak korang?

Cerita pasal kena lucut jawatan penolong kelas gara-gara merotan murid yang nakal, hingga mengigil budak yang kena sebat tu. Cuba teka siapa sebat siapa? hahahahaha...girl sebat boy. Ceritanya, A,B,C ialah boy yang sangat nakal dalam kelas. B dan C akan senyap sikit bila ditegur, tetapi A memang tak makan saman. Tak tahan sabar si penolong kelas (kita namakan dia M), lantas terus ambil rotan cikgu dan libas belakang A. Mengigil jugak la tahan sakit. M ni walaupun perempuan tapi memang kasar dan very protactive. Dah la badan pun besar. Dia ada seorang BFF, si lemah lembut dan cantik jelita S. Ramai tak berani kacau S sebab mesti kena dengan si M. Siapa saja yang bagi surat cinta kepada S, M akan settlekan pengirimnya. Dia akan cari sampai dapat. Jadinya ramai budak lelaki tak berani nak tackel S.  Hahahahahhaha. Tak tahan gelak kami baca dorang bercerita.

Cerita sorang kawan bernama R pula membuat kami semua gegirl trauma. Hahahahaha. Bukan apa kalau bercerita perasan bagus jer. buat kami semua yang gegirl ni tak selesa betul.

Cerita ramai-ramai datang sekolah waktu petang semata-mata nak bermain. Macam-macam permainan kami dimasa itu, antara uang femes, galah panjang, rounders, konda kondi, lompat getah kalau hari hujan dapat main cop tiang pun jadi. paling cikai main batu seremban dan congkak. 

Cerita semasa mengikuti rombongan sekolah. Ke Penang, Melaka dan Cameron Highland, Dalam tiga rombongan ini KakDah hanya dapat mengikuti satu saja, iaitu ke Cameron Highland, tahun hujung 80an dahulu Cameron Highland memang best, sejuk, damai dan tiada pencemaran alam seperti sekarang.Tidur didalam bilik darjah, pagi-pagi nak mandi air bukan main sejuk. lawat ladang teh (well, Cameron femes ngan teh kann??) dan disini pertama kali tengok pokok kulit kayu manis. Di ladang teh Boh Sungai Palas kalau tak salah. Hhihihihihihi.

Apa pun semuanya kenangan mengusik jiwa, Kini setelah 28 tahun berlalu, kebanyakkan ramai telah berumah tangga dan berkeluarga. Kini kami dalam proses mengenali ahli keluarga kawan-kawan pula. Mana lah nak tau, kot dimasa hadapan jadi besan pula. Chewaaah!

Ok lah, adios dulu. Dah maghrib. Nanti KakDah sambung lagi cerita budak-budak 28 tahun dulu ni. Assalamualaikum.




Wedding Door Gift - UFTI

Teks : Rapidah Ramli




Selamat petang semua.
Ramai agaknya masa ini masih dijalanan dalam perjalanan pulang kerumah dari kantor masing-masing. selamat menempuh kesesakkan jalanraya.

Tension betullah. Patut post ni dua hari lepas dah keluar, tapi hang di henpon. Hari ini baru ada masa nak melayan di lappy.

Tak ada cerita apa pun, tapi tengok gambar diatas tu. Menarik kan? Very rare. Mak mertua cakap orang dulu-dulu dah bese buat benda ni. Huh! tahun bila la tu. Agaknya masa kita semua dok tengah meloncat main getah dulu kot. 

Kak Dah dapat ni semasa menghadiri majlis perkahwinan anak teman sepengajian surau. Menurut cerita, konsep ini memang hajat nenek pengantin, dan dialah yang telah membuatnya. Gigih betul nenek tu. Kalau Kak Dah kena pikiq banyak kali lah. Kalau betul nak buat juga, kena mula dari sekarang kot...heehehhehhe.

Apa pun...kepada Nadiah dan Asyraf diucapkan Selamat Pengantin Baru. Moga cinta hingga syurga. Amiin. Kepada mak pengantin, kak Imah dan suami, Tahniah! dapat anak seorang lagi.

Friday 22 August 2014

Malaysia Berkabung

Teks : Rapidah Ramli

Salam hari Jumaat semua. Hari ini seluruh rakyat Malaysia berkabung. Menanti penuh sabar dan kesedihan ketibaan jenazah kemalangan kapalterbang MH17. Dan rancangan tv dan radio menyiarkan upacara pengebumian mereka secara langsung.

Sebak dada.
Panas mata.
Kelu lidah.
Sayu hati.

Tiada kata dapat dinukil mengambar apa perasaan ahli keluarga yang terlibat. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga dan waris #MH17.

Didoakan agar roh-roh mereka dirahmati Allah dan ditempatkan bersama orang yang beriman.

Sesungguhnya janji Allah itu pasti.

Al Fatihah.

Wednesday 13 August 2014

Book cover

Teks : Rapidah Ramli

Salam hari rabu.

Wahhh! Rasa lama tak menulis. Macam-macam nak tulis, tapi tak tertulis.

Oklah, kali ini ringkas sajalah. Nak tunjuk projek hari ini. 'Book cover'. Bagi peminat novel, benda ini memang perlu untuk menjaga novel dari kotor. Lagi pun kemas jer nampak buku tu memakai baju.

Kali ni buat dua saiz. Yang hijau tu untuk buku tebal lebih 1k muka surat. Yang purple pulak ukuran standard novel biasa 5-600 muka surat.

Pernah nampak orang jual benda ini kat online. RM30 satu. Huuuu mahal. (Bagi Kak Dah). Jadi dengan semangat yang berkobar-kobar seperti Jalur Gemilang di tiup angin kencang, kerosek balik tool box jahitan. Jumpa lebihan kain yang tah berapa lama dah dok terperap lam box tu.

Dengan pantas mengambil ukuran dan mulakan jahitan. Oleh kerana ini melalui henpon, kemudian Kak Dah update cara ambil ukuran ya.

Cara-cara buat pun ambil hasil pemerhatian dari you tube je.

Nak tempah?? Hahahahaha...boleh dipertimbangkan. Tengok pada kerajinan Kak Dah.

Oklah. Sampai sini dulu untuk hari ini. Jumpa lagi di entri lain.

Thursday 7 August 2014

Rezeki syawal

Teks : Rapidah Ramli
Salam sejahtera semua. Kali ini Kak Dah tak mahu cerita panjang-panjang. Bulan syawal dah masuk hari ke 12, hangpa semua dah buat sunat syawal ka?? Raya, raya jugak no....puasa sunat jangan lupa.
Biasanya di bulan syawal ni ramai orang berlumba-lumba nak membuat rumah terbuka kan?. Biasa apa menu sedap yang hangpa sediakan untuk rumah terbuka??
Kak Dah buat yang ni.
Kalau hangpa nak oder? Boleh jer contact Kak Dah di no 013-4876246. Area Ampang dan Kuala Lumpur jer tau.
Pasai resepi, bukan tak mau bagi. Kak Dah sendiri pon google. Ambil sana sikit, ambil sini sikit. Ikutlah mana satu hangpa sesuai.
Kastadnya Kak Dah pakai instant kastad saja. Senang, cuma tambah susu dan kacau. Siap. Hiaslah ikut suka hati hangpa.
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design